7 Tips Memuji Anak 15/01/08
Posted by nina2s in Pendidikan.Tags: anak, cemerlang, keluarga, puji
add a comment
Beberapa bulan lepas, akak terbaca satu artikel di Scientific American Mind yang melaporkan kajian Carol S. Dweck tentang pujian dan motivasi untuk kanak-kanak belajar.
Rumusan yang dibuat adalah, pencapaian akademik kanak-kanak pintar yang dipuji atas kepandaiannya akan merosot selepas beberapa tahun. Ini berbeza dengan kanak-kanak yang dipuji atas usahanya yang akan terus melipat gandakan usaha & berjaya secara konsisten. Perkara ini lebih mudah difahami jika anda membaca sendiri artikel nih.. : )
Artikel ini mengingatkan akak tentang isu ‘pujian’ yang banyak dikupas dalam buku-buku parenting. Bobbi DePorter dalam bukunya Quantum Learning memetik sebuah kajian yang mendedahkan bahwa kakank-kanak bersekolah menerima kritikan 3 kali ganda berbanding penghargaan dan pujian.
Jika seseorang pelajar itu tidak membuat kacau di sekolah, duduk diam dan menyiapkan kerjanya, jarang seorang guru akan memberi perhatian kepadanya. Walaupun dia berkelakuan baik, tapi tidak cukup baik untuk mendapat admiration & pujian guru.
Sebaliknya jika pelajar ini mula mengganggu kelas, banyak bergerak dan tidak membuat kerja, dia akan segera dimarahi dan dihukum dengan label negatif.
Akak bukannya menyalahkan para guru.. Ini tabiat semulajadi manusia. Begitu juga seorang ibu atau bapa. Apabila anak-anak bermain sesama sendiri dengan baik misalnya, ibu bapa senang hati dan meneruskan kerjanya tanpa memberi galakan dan pujian terhadap aktiviti positif anak-anak.
Janganlah amalkan ‘diam tanda setuju’. Lahirkan pujian dan penghargaan ke atas kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak. Sebagai ibubapa cemerlang, kita tentulah hendak lakukan perkara yang terbaik untuk anak kita. Di bawah akak senaraikan beberapa tips untuk memuji anak :
1. Puji dia serta-merta
Pujilah sebaik sahaja anak melakukan kebaikan. Jika dia mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaannya, jangan tangguhkan pujian dengan berkata “Esok Mama belikan hadiah OK”.
Perhatian dan pujian yang ikhlas tidak boleh diganti dengan barang material. Pujilah sekarang.
2. Sebutkan apa yang dilihat
Pujian yang baik mestilah mengandungi keterangan tentang apa yang dilihat.
“Kemasnya kerja kakak. Garisan tepi lurus. Tulisan cantik dan kemas”
“Wah, dinosaur Lutfi warna hijau. Kukunya tajam dan ekornya panjang”
“Buku-buku semua di rak. Tuala disidai. Pakaian kotor dalam bakul. Kemasnya bilik ni”
3. Sebutkan perasaan anda
“Ayah rasa gembira sangat bila anak ayah solat di awal waktu”.
“Ibu rasa suka bila kakak tolong ibu memasak di dapur”.
“Kami rasa bertuah mempunyai anak yang rajin membaca Al Quran”
4. Puji USAHA. Bukan bakat atau kepintaran
“Tentu lama Lutfi nak siapkan dinasour ni. Walaupun lenguh tangan, tapi Lutfi siapkan juga”.
5. Sertai sentuhan fizikal (gosok kepala, tepuk belakang, cium)
6. Jangan batalkan pujian dengan mengungkit kesalahan lalu.
Contoh : “Amboi, kemas rambut kakak hari ni. Selalunya kusut je.”
7. Pujilah Allah
Pendakwah terkemuka Anwar Al Awlaki pernah memberi komentar yang menarik berkenaan peperangan Badar dan Uhud.
Dalam peperangan Badar, kaum muslimin berjaya menumpaskan bala tentera kaum Quraisy yang jauh lebih besar. Namun demikian, Allah menegaskan bahawa kemenangan tentera itu bukanlah atas usaha tentera muslim sebaliknya adalah kurniaan Allah sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al Anfal ayat 17 :
“Maka, (yang sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, tetapi Allah yang membunuh mereka, sesungguhnya bukanlah kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah yang melempar mereka. Dan Allah menguji orang mukmin dengan ujian yang baik (kemenangan). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Perang Uhud pula menyaksikan kekalahan teruk tentera muslim walaupun dengan strategi yang rapi. Namun Allah telah memuji dan memujuk kaum muslim memelalui ayat 138 – 139 Al Imran.
“Janganlah kamu sekalian merasa lemah atau berdukacita. Kamu adalah orang-orang yang tinggi (menang) jikakamu orang mukmin (yang benar).”
Maka pujilah anak anda walaupun dia gagal mencapai kejayaan asalkan dia telah berusaha . Jika dia berjaya, ajarkan dia bersyukur kepada Allah yang telah menentukan segalanya.
Bersenam – Lebih axon, lebih pintar! 1/01/08
Posted by nina2s in Pendidikan.Tags: anak, axon, belajar, cemerlang, keluarga, kesihatan, otak
add a comment
Rasanya semua maklum bahawa senaman itu penting untuk kesihatan fizikal kita. Senaman menghasilkan endorphin yang menurunkan kadar kortisol dalam darah seterusnya melenyapkan stress. Stress dikaitkan dengan pelbagai penyakit dari lesuan, serangan jantung dan darah tinggi.
Pergerakan fizikal juga merangsang otak kerana gerakan dan fungsi kognitif di kawal oleh bahagian otak yang sama. Bergerak dan bersenam baik untuk OTAK anda.[1]
Apa kesan senaman & gerakan fizikal kepada badan kita?
- Meningkatkan Norepinephrine yang terlibat dalam
- membentukan memori baru
- memindahkan memori jangka-pendek ke jangka-panjang
- Mengatur mood agar positif & ceria
- Meningkatkan Neurotrophins yang menggalakkan pertumbuhan neuron
- Meningkatkan kemampuan mengingat kembali (recall)
- Membuat kita rasa bertenaga
- Pergerakan otot menggalakkan pertumbuhan dendrit dan axon . Lebih axon , lebih pintar! [2]
Applikasi
- Selitkan senaman/gerakan setiap 40 – 60 minit belajar. Lakukan aktiviti seperti turun naik tangga, menyapu, berbasikal dll.
- Buat gerakan silang (salah satu dari gerakan kinesiology) untuk meningkatkan integrasi otak kanan & kiri sebelum dan selepas belajar.
- Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 -45 minit 5 kali seminggu untuk bersenam.
End Note
[1] Reuters Health , Running Make You Smarter, Study Says, New York (Dec 28 2001).
[2] Carla Hannaford Ph.D, Smart Moves : Why Learning is Not All in Your Head, Great Ocean Publishers , USA, 1995
A
Air – Keperluan Utama Minda Cemerlang 29/12/07
Posted by nina2s in Nutrisi, Pendidikan.Tags: air, belajar, cemerlang, otak
add a comment
Air mungkin tidak dianggap sebagai nutrient. Tanpa warna dan rasa, ia tidak kelihatan seperti unsur yang luar biasa. Tambah lagi, harganya murah berbanding produk kesihatan yang lain.
Namun air terlibat dalam pelbagai proses penting dalam badan seperti pernafasan, penghadaman, peredaran darah, fungsi saraf, otot serta fungsi otak.
Antara fungsi air ialah membasahkan alveolus dalam peparu bagi membolehkan oksigen masuk dalam darah. Kehadiran air yang cukup juga penting untuk hemoglobin mengangkut oksigen. Ternyata, air yang mencukupi akan meningkatkan kadar oksigen dalam badan. Oksigen yang mencukupi menjadikan pemikiran kita sentiasa tajam dan tidak mengantuk.
Air juga bertindak sebagai pelarut untuk enzim pencernaan. Proses pencernaan makanan menghasilkan tenaga untuk aktiviti kita termasuk belajar dan berfikir.
Satu peranan air yang kurang diketahui umum ialah memelihara paras kekhutuban sel (cell polarity). Kekhutuban sel yang tinggi meninggikan fokus dan menguatkan sistem imun. Apabila kekhutuban sel jatuh daripada paras biasa, pelajar akan mudah terganggu dengan sebarang stimulasi dari luar (kawan bercakap. bunyi kenderaan, pergerakan dsb) [1].
2% kekurangan air dalam badan akan mengakibatkan
- Sukar Mengingat
- Tidak Dapat Fokus
- Sukar Menyelesaikan Masalah
- Sakit Kepala
Satu kajian oleh Leeds University mendapati pelajar-pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik di sekolah adalah mereka yang minum lebih dari 8 gelas air sehari . [2]
Berapa jumlah air yang diperlukan?
Pakar Nutrisi menasihatkan setiap orang meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. 6 – 7 gelas mestilah dalam bentuk minuman dan selebihnya boleh didapati melalui buah-buahan dan makanan lain.
Dr. Fereydoon Batmanghelidj mencadangkan minum air (dalam ounce) sebanyak separuh dari berat badan (dalam pound) . Kira jumlah air yang perlu diminum menggunakan formula berikut [3]
Jumlah Air (mL) = Berat Badan (kg) x 35.6
Keperluan ini meningkat jika mengalami stress atau menjalani aktiviti sukan atau senaman.
Kopi,Teh, Milo
Kopi, teh dan Milo mempunyai kesan diuretik. Ia tidak diserap tetapi disingkirkan terus oleh badan. Bahkan untuk memprosesnya, badan terpaksa mengambil air dari organ atau otot lain. Bagi setiap cawan kopi/teh/milo – kita kehilangan 2 cawan air
Jus Buah
Badan anggap jus buah seperti makanan kerana molekul air terikat dengan gula & potassium. Badan terpaksa mengambil air dari bahagian lain untuk uraikan.Jadi kalau rasa haus, teruslah bagi badan air
Applikasi
• Minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur dan sebelum mula belajar
• Bawa sebotol air sepanjang masa – bersiar-siar, waktu belajar di rumah
• Jika kamu MESTI minum kopi, minum 2 cawan air kosong bagi setiap cawan kopi yang kamu minum.
• Makan lebih banyak buah-buahan
• Minum lebih banyak air ketika akan menghadapi peperiksaan (stress), ketika sakit, bersenam dan waktu cuaca panas.
End Notes
[1] Carla Hannaford Ph.D, Smart Moves : Why Learning is Not All in Your Head, Great Ocean Publishers , NC USA, 1995
[2] Bill Lucas, Power Up Your Mind : Learn Faster, Work Smarter, Nicholas Brealy Publishing, London, 2001.
[3] Fereydoon Batmanghelidj M.D, Your Body Many Cries For Water, Global Health Solutions (2nd Ed), 1995.