Air – Keperluan Utama Minda Cemerlang 29/12/07
Posted by nina2s in Nutrisi, Pendidikan.Tags: air, belajar, cemerlang, otak
trackback
Air mungkin tidak dianggap sebagai nutrient. Tanpa warna dan rasa, ia tidak kelihatan seperti unsur yang luar biasa. Tambah lagi, harganya murah berbanding produk kesihatan yang lain.
Namun air terlibat dalam pelbagai proses penting dalam badan seperti pernafasan, penghadaman, peredaran darah, fungsi saraf, otot serta fungsi otak.
Antara fungsi air ialah membasahkan alveolus dalam peparu bagi membolehkan oksigen masuk dalam darah. Kehadiran air yang cukup juga penting untuk hemoglobin mengangkut oksigen. Ternyata, air yang mencukupi akan meningkatkan kadar oksigen dalam badan. Oksigen yang mencukupi menjadikan pemikiran kita sentiasa tajam dan tidak mengantuk.
Air juga bertindak sebagai pelarut untuk enzim pencernaan. Proses pencernaan makanan menghasilkan tenaga untuk aktiviti kita termasuk belajar dan berfikir.
Satu peranan air yang kurang diketahui umum ialah memelihara paras kekhutuban sel (cell polarity). Kekhutuban sel yang tinggi meninggikan fokus dan menguatkan sistem imun. Apabila kekhutuban sel jatuh daripada paras biasa, pelajar akan mudah terganggu dengan sebarang stimulasi dari luar (kawan bercakap. bunyi kenderaan, pergerakan dsb) [1].
2% kekurangan air dalam badan akan mengakibatkan
- Sukar Mengingat
- Tidak Dapat Fokus
- Sukar Menyelesaikan Masalah
- Sakit Kepala
Satu kajian oleh Leeds University mendapati pelajar-pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik di sekolah adalah mereka yang minum lebih dari 8 gelas air sehari . [2]
Berapa jumlah air yang diperlukan?
Pakar Nutrisi menasihatkan setiap orang meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. 6 – 7 gelas mestilah dalam bentuk minuman dan selebihnya boleh didapati melalui buah-buahan dan makanan lain.
Dr. Fereydoon Batmanghelidj mencadangkan minum air (dalam ounce) sebanyak separuh dari berat badan (dalam pound) . Kira jumlah air yang perlu diminum menggunakan formula berikut [3]
Jumlah Air (mL) = Berat Badan (kg) x 35.6
Keperluan ini meningkat jika mengalami stress atau menjalani aktiviti sukan atau senaman.
Kopi,Teh, Milo
Kopi, teh dan Milo mempunyai kesan diuretik. Ia tidak diserap tetapi disingkirkan terus oleh badan. Bahkan untuk memprosesnya, badan terpaksa mengambil air dari organ atau otot lain. Bagi setiap cawan kopi/teh/milo – kita kehilangan 2 cawan air
Jus Buah
Badan anggap jus buah seperti makanan kerana molekul air terikat dengan gula & potassium. Badan terpaksa mengambil air dari bahagian lain untuk uraikan.Jadi kalau rasa haus, teruslah bagi badan air
Applikasi
• Minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur dan sebelum mula belajar
• Bawa sebotol air sepanjang masa – bersiar-siar, waktu belajar di rumah
• Jika kamu MESTI minum kopi, minum 2 cawan air kosong bagi setiap cawan kopi yang kamu minum.
• Makan lebih banyak buah-buahan
• Minum lebih banyak air ketika akan menghadapi peperiksaan (stress), ketika sakit, bersenam dan waktu cuaca panas.
End Notes
[1] Carla Hannaford Ph.D, Smart Moves : Why Learning is Not All in Your Head, Great Ocean Publishers , NC USA, 1995
[2] Bill Lucas, Power Up Your Mind : Learn Faster, Work Smarter, Nicholas Brealy Publishing, London, 2001.
[3] Fereydoon Batmanghelidj M.D, Your Body Many Cries For Water, Global Health Solutions (2nd Ed), 1995.
Comments»
No comments yet — be the first.