jump to navigation

Bersenam – Lebih axon, lebih pintar! 1/01/08

Posted by nina2s in Pendidikan.
Tags: , , , , , ,
trackback

children doing QigongRasanya semua maklum bahawa senaman itu penting untuk kesihatan fizikal kita. Senaman menghasilkan endorphin yang menurunkan kadar kortisol dalam darah seterusnya melenyapkan stress. Stress dikaitkan dengan pelbagai penyakit dari lesuan, serangan jantung dan darah tinggi.

Pergerakan fizikal juga merangsang otak kerana gerakan dan fungsi kognitif di kawal oleh bahagian otak yang sama. Bergerak dan bersenam baik untuk OTAK anda.[1]

Apa kesan senaman & gerakan fizikal kepada badan kita?

  • Meningkatkan Norepinephrine yang terlibat dalam
    • membentukan memori baru
    • memindahkan memori jangka-pendek ke jangka-panjang
    • Mengatur mood agar positif & ceria
    • Meningkatkan Neurotrophins yang menggalakkan pertumbuhan neuron
    • Meningkatkan kemampuan mengingat kembali (recall)
    • Membuat kita rasa bertenaga
    • Pergerakan otot menggalakkan pertumbuhan dendrit dan axon . Lebih axon , lebih pintar! [2]

    Applikasi

    • Selitkan senaman/gerakan setiap 40 – 60 minit belajar. Lakukan aktiviti seperti turun naik tangga, menyapu, berbasikal dll.
    • Buat gerakan silang (salah satu dari gerakan kinesiology) untuk meningkatkan integrasi otak kanan & kiri sebelum dan selepas belajar.
    • Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 -45 minit 5 kali seminggu untuk bersenam.

    End Note

    [1] Reuters Health , Running Make You Smarter, Study Says, New York (Dec 28 2001).

    [2] Carla Hannaford Ph.D, Smart Moves : Why Learning is Not All in Your Head, Great Ocean Publishers , USA, 1995

     

    A

    Comments»

    No comments yet — be the first.