jump to navigation

7 Tips Memuji Anak 15/01/08

Posted by nina2s in Pendidikan.
Tags: , , ,
trackback

nadia.jpgBeberapa bulan lepas, akak terbaca satu artikel di Scientific American Mind yang melaporkan kajian Carol S. Dweck tentang pujian dan motivasi untuk kanak-kanak belajar.

Rumusan yang dibuat adalah, pencapaian akademik kanak-kanak pintar yang dipuji atas kepandaiannya akan merosot selepas beberapa tahun. Ini berbeza dengan kanak-kanak yang dipuji atas usahanya yang akan terus melipat gandakan usaha & berjaya secara konsisten. Perkara ini lebih mudah difahami jika anda membaca sendiri artikel nih.. : )

Artikel ini mengingatkan akak tentang isu ‘pujian’ yang banyak dikupas dalam buku-buku parenting. Bobbi DePorter dalam bukunya Quantum Learning memetik sebuah kajian yang mendedahkan bahwa kakank-kanak bersekolah menerima kritikan 3 kali ganda berbanding penghargaan dan pujian.

Jika seseorang pelajar itu tidak membuat kacau di sekolah, duduk diam dan menyiapkan kerjanya, jarang seorang guru akan memberi perhatian kepadanya. Walaupun dia berkelakuan baik, tapi tidak cukup baik untuk mendapat admiration & pujian guru.

Sebaliknya jika pelajar ini mula mengganggu kelas, banyak bergerak dan tidak membuat kerja, dia akan segera dimarahi dan dihukum dengan label negatif.

Akak bukannya menyalahkan para guru.. Ini tabiat semulajadi manusia. Begitu juga seorang ibu atau bapa. Apabila anak-anak bermain sesama sendiri dengan baik misalnya, ibu bapa senang hati dan meneruskan kerjanya tanpa memberi galakan dan pujian terhadap aktiviti positif anak-anak.

Janganlah amalkan ‘diam tanda setuju’. Lahirkan pujian dan penghargaan ke atas kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak. Sebagai ibubapa cemerlang, kita tentulah hendak lakukan perkara yang terbaik untuk anak kita. Di bawah akak senaraikan beberapa tips untuk memuji anak :

 

1. Puji dia serta-merta

Pujilah sebaik sahaja anak melakukan kebaikan. Jika dia mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaannya, jangan tangguhkan pujian dengan berkata “Esok Mama belikan hadiah OK”.

Perhatian dan pujian yang ikhlas tidak boleh diganti dengan barang material. Pujilah sekarang.

 

2. Sebutkan apa yang dilihat

Pujian yang baik mestilah mengandungi keterangan tentang apa yang dilihat.

“Kemasnya kerja kakak. Garisan tepi lurus. Tulisan cantik dan kemas”

“Wah, dinosaur Lutfi warna hijau. Kukunya tajam dan ekornya panjang”

“Buku-buku semua di rak. Tuala disidai. Pakaian kotor dalam bakul. Kemasnya bilik ni”

 

3. Sebutkan perasaan anda

“Ayah rasa gembira sangat bila anak ayah solat di awal waktu”.

“Ibu rasa suka bila kakak tolong ibu memasak di dapur”.

“Kami rasa bertuah mempunyai anak yang rajin membaca Al Quran”

 

4. Puji USAHA. Bukan bakat atau kepintaran

“Tentu lama Lutfi nak siapkan dinasour ni. Walaupun lenguh tangan, tapi Lutfi siapkan juga”.

 

 

5. Sertai sentuhan fizikal (gosok kepala, tepuk belakang, cium)

 

6. Jangan batalkan pujian dengan mengungkit kesalahan lalu.

Contoh : “Amboi, kemas rambut kakak hari ni. Selalunya kusut je.”

 

7. Pujilah Allah

Pendakwah terkemuka Anwar Al Awlaki pernah memberi komentar yang menarik berkenaan peperangan Badar dan Uhud.

 

Dalam peperangan Badar, kaum muslimin berjaya menumpaskan bala tentera kaum Quraisy yang jauh lebih besar. Namun demikian, Allah menegaskan bahawa kemenangan tentera itu bukanlah atas usaha tentera muslim sebaliknya adalah kurniaan Allah sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al Anfal ayat 17 :

 

 

“Maka, (yang sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, tetapi Allah yang membunuh mereka, sesungguhnya bukanlah kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah yang melempar mereka. Dan Allah menguji orang mukmin dengan ujian yang baik (kemenangan). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

 

 

Perang Uhud pula menyaksikan kekalahan teruk tentera muslim walaupun dengan strategi yang rapi. Namun Allah telah memuji dan memujuk kaum muslim memelalui ayat 138 – 139 Al Imran.

 

 

“Janganlah kamu sekalian merasa lemah atau berdukacita. Kamu adalah orang-orang yang tinggi (menang) jikakamu orang mukmin (yang benar).”

 

Maka pujilah anak anda walaupun dia gagal mencapai kejayaan asalkan dia telah berusaha . Jika dia berjaya, ajarkan dia bersyukur kepada Allah yang telah menentukan segalanya.

Comments»

No comments yet — be the first.